Kerjaya kelab Samir_Nasri

Marseille

Nasri mula bermain di kelab Marsielle ketika berumur sembilan tahun. Dia mula bermain di Ligue 1 Perancis pada musim 2004/2005 sewaktu berusia 17 tahun, yang mana dia bermain sebanyak 13 kali (pemain awal), 11 kali (pemain gantian) dan menjaringkan 1 gol. Musim berikutnya memberikannya pengalaman baru dalam UEFA Cup (10 kali main;tiada gol) dan Intertoto Cup (1 kali main;1 gol). Pada musim 2006/2007, dia menjaringkan Gol Terbaik Sepanjang Tahun dalam Ligue 1 pada 29 April 2007, apabila dia bermain menentang FC Sochaux-Montbéliard sekaligus membantu kelabnya mencatat kemenangan 4-2. Kemenangan ini membuat Marsielle melonjak ke tangga keempat dengan liga berbaki empat perlawanan lagi, sekaligus meletakkan Marsielle ke dalam slot kelayakan Uefa Cup. Nasri juga merupakan sebahagian daripada skuad Masielle yang tewas dalam kedua-dua final Coupe de France 2006 & 2007 menentang Paris-Saint Germain dan Souchax dalam kejohanan yang sama.

Pada 20 Mei 2007, Nasri diaugerahkan Pemain Muda Terbaik Liga Perancis 1 mengatasi Jimmy Briand dan Karim Benzema. Dia juga telah diundi sebagai Pemain Terbaik Sepanjang Tahun Marsielle oleh para penyokong Marsielle yang mana dia menerima undian sebanyak 62%. Tambahan pula, dia telah digelari "New Zizou" melihat skil menggeleceknya.

Arsenal

Pada 11 Julai 2008, Nasri menandatangi perjanjian jangka masa panjang bersama Arsenal berharga 12.7 juta Poundsterling (16 juta Euro). Aksi pertamanya ialah perlawanan menentang VfB Stuttgart pada 30 Julai 2008 di Jerman, bermain sebanyak 60 minit dalam perlawanan persahabatan itu. Dia menjaringkan gol petamanya pada aksi pertamanya di Liga Perdana Inggeris menentang West Bromwich Albion, setelah empat minit perlawanan pembuka musim bermula pada 16 Ogos 2008. Walaupun belum disahkan oleh pihak kelab, tetapi jaringannya dipercayai merupakan jaringan terpantas bagi seorang pemain baru Arsenal. Pada 27 Ogos 2008, Nasri membuat kemunculan pertamanya dalam Kejoahanan Liga Juara-Juara Eropah pada peringkat Kelayakan ketiga leg kedua menentang FC Twente, dan menjaringkan gol minit ke-26 yang menyamai kemunculannya di Liga Perdana Inggeris dengan membuat gol pada perlawanan pertama. Pada 8 November 2008, Nasri menjaringkan dua gol sekaligus apabila menang menentang Manchester United dengan skor 2-1. Nasri juga telah bermain ketika menewaskan A.S. Roma pada peringkat 16 besar. Pada 11 Mac 2009, dia menjaringkan tendangan penaltinya setelah agregat perlawanan seri 1-1. Melihat kepelbagaian Nasri, dia telah diletakkan di semua posisi bahagian tengah ketika Cesc Fabregas dan pemain-pemain lain tercedera. Pada 21 Julai, Nasri tercedera dalam latihan pramusim di Austria dan dijangka pulih selepas enam minggu.